Rabu, 28 April 2010

BETULKAN NIATMU MENUNTUT ILMU


ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu , yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan , seandainya engkau berminat dalam mencari ilmu ini , untuk berlumba lumba dan mendapat kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan kawan , dan untuk menarik perhatian terhadap dirimu dan menghimpun terhadap kekayaan dunia , maka sesungguhnya engkau telah berusaha untuk menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri , dan menjual akhiratmu untuk mendapat harta dunia , maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaan mu adalah porak peranda dan guru yang mengajarmu dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian . ketika ini guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah : Ertinya : “ sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut “ Dan jikalau niatmu dalam mencari ilmu ini untuk mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada dilaut semuanya meminta ampun darimu apabila engkau berjalan . Imam Al Ghazali

Tiada ulasan: